Latar Belakang Syarikat

Pembinaan Bumijaya telah ditubuhkan pada 15 Mac 1981 oleh pengasas dan pemilik syarikat En. MOHD ALI BIN SHAIKH MOHD bersama rakan kongsinya En. MAIDINSA BIN SHAIKH MOHD.

Pada tahun 2009 syarikat telah berkembang dan seorang rakan kongsi baru telah dimasukkan kedalam syarikat sebagai salah seorang pemilik. Beliau merupakan Puan AMY SAFRINA BT MOHD ALI.

Sehingga ke hari ini syarikat masih berdiri teguh dibawah kepimpinan ketiga-tiga rakan kongsi berkenaan. Bersatu mereka membawa idea-idea bernas tidak kira lama atau baru.

Pembinaan Bumijaya bermula sebagai kontraktor kelas F dan menjalankan kerja-kerja kecil dalam bidang yang meluas sekitar negeri Pulau Pinang. Setelah sekian lama berniaga maka terpupuklah satu jalinan kukuh antara syarikat Telekom Malaysia (TM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Pada 2011 syarikat Pembinaan Bumijaya melebarkan sayapnya dengan membuka satu cawangan bersama-sama TMSSB. Cawangan ini kemudiannya dinamakan TM Point Authorize Dealer (TAD) Air Itam dan memikul tanggungjawab dalam membawa nama TM.